Moga memberi manfaat kepada pengguna-pengguna motorsikal
ASGHIH WORKSHOP AND CO.
ANOTHER CHANNEL TO IMPROVE YOUR SPEED
Friday, 22 May 2015
Wednesday, 20 May 2015
TIPS PENJAGAAN KARBURATOR
Cara pemasangan karburator |
Tips dan Cara Membersihkan Karburator ---Karburator merupakan
sebuah komponen pada motorsikal yang berfungsi untuk mencampur udara dan bahan
bakar yang akan dibakar atau diledakkan di dalam ruang pembakaran, hingga boleh
menggerakkan mesin. Karburator masih digunakan dalam mesin kecil seperti motorsikal.
Kebanyakan motorsikal masih menggunakan karburator kerana ia lebih ringan dan
murah, namun pada 2005 sudah banyak model baru diperkenalkan dengan injeksi
bahan bakar. Mengingat pentingnya fungsi karburator pada motorsikal, maka
penting sekali bagi pemilik motorsikal untuk melakukan perawatan rutin, dan
selalu membersihkan karburator secara teratur. Kerana jika karburator memiliki
gangguan, seperti kemasukan air, maka motor akan sulit dihidupkan. Maka dari
itu kondisi karburator harus terus dijaga agar motor anda pada prestasi yang
mengagumkan. Bagi Anda yang rajin mengunjungi bengkel rasmi untuk melakukan
servis, tentunya tidak perlu pening tentang rawatan dan cara membersihkan
karburator. Kerana, membersihkan karburator merupakan sebahagian dari servis
standard terhadap motorsikal kita. Walaupun begitu, melakukan rawatan dan
membersihkan karburator Motor boleh dilakukan sendiri.
Cara karburator berfungsi |
Berikut adalah Tips Perawatan dan Cara Membersihkan
Karburator Motor yang boleh dijadikan panduan bagi Anda untuk melakukan
pembersihan karburator motor sendiri.
PELUMBA KEBANGGAAN LITAR SEPANG, MALAYSIA
Zulfahmi bersama jentera barunya |
SEPANG: Musim perlumbaan 2015 adalah peluang terakhir buat
pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin untuk bangkit dan membuktikan prestasi
terbaik beliau pada saingan motosikal Grand Prix (GP) Dunia.
Zulfahmi, 23, pelumba kelahiran Banting, Selangor itu pernah
menaiki podium pada perlumbaan Moto3 di Sepang pada 2012 ketika bersama pasukan
AirAsia-SIC-Ajo, dan menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-10 pada 2013
bersama pasukan Redbull KTM Ajo.
Bagaimanapun, pelumba yang bermula dengan tiket wildcard
pada 2009 di perlumbaan GP Malaysia, mempamerkan aksi hambar musim lepas
bersama pasukan Ongetta-AisAsia dan hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-20
keseluruhan.
Terdahulu dalam ucapannya, Razlan berkata hasrat untuk
mewujudkan pasukan lumba motosikal Malaysia itu telah dikemukakan buat kali
pertama kepada lembaga pengarah SIC, namun ditolak pada Oktober tahun lepas.
"Lembaga Pengarah berpendapat, SIC tidak perlu
bertanggungjawab dalam menguruskan pasukan lumba motosikal. Keadaan itu telah
berubah dan bersama-sama dengan Johan (Stigefelt), kita merancang dan mengambil
alih pasukan sedia ada daripada Moto2, dan saya membentangkan (cadangan itu)
dan mereka yakin untuk kali kedua dan memberi saya peluang meneruskan hasrat
itu," katanya.
Selain Zulfahmi, pasukan Drive M7 Racing Team turut disertai
pelumba dari Republik Czech Jakob Kornfeil, yang mempunyai pencapaian terbaik
pada musim lepas, apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 bersama Calvo
Team.
Kornfeil, 21, yang mewakili Calvo Team terlibat dengan
perlumbaan Moto3 sejak 2007, meraih gelaran 'Champion of Red Bull Rookies Cup'
pada 2009.
Kedua-dua pelumba pasukan Drive M7 Racing Team disasarkan
untuk berada sekurang-kurangnya dalam kelompok 10 teratas pada musim ini.
Saingan perlumbaan Motosikal GP 2015 akan membuka tirai pada
29 Mac, dengan perlumbaan pertama berlangsung di Litar Antarabangsa Losail,
Qatar.
Diharap pelumba lain dapat mencontohi beliau serta dapat menimba ilmu daripadanya.
MotoGP 2015 | Malaysian Grand Prix
Sama-sama kita nantikan!!! |
Pada 11, 12 dan 13 October 2015,
perlumbaan berprestij MotoGP akan meneruskan cabarannya berlumba di Malaysia.
Kepada peminat sukan permotoran jangan lupa untuk datang ke litar Sepang
menyokong pelumba-pelumba negara dan sama-sama memeriahkan MotoGp Malaysia.
Agak terkilan juga sebab tahun ni team kami tidak dapat berkonvoi ke litar Sepang, apa pun tetap dapat tengok secara langsung di astro sports channel. Yang berminat
jangan ketinggalan untuk menonton siaran langsung MotoGP Malaysia 2013.
Litar Sepang yang bakal digunakan nanti |
Berikut merupakan keadaan Litar Sepang yang bakal digunakan serta jadual pertandingan bagi setiap kategori.
TIP PENJAGAAN RANTAI MOTORSIKAL DAN SET SPORKET
TIP PENJAGAAN RANTAI MOTORSIKAL
Rantai adalah antara bahagian motosikal yang kurang diberi
perhatian oleh ramai penunggang. Oleh itu kita hendaklah memastikan iainya dalam keadaan yang baik. Cara-caranya ialah:
- Jarak terbaik untuk menukar rantai adalah sekitar 60,000 kilometer, bergantung kepada faktor tunggangan dan keadaan persekitaran.
- Jika anda kerap mengetatkan rantai skru pelaras habis dipusing, tetapi rantai masih kendur, maka tukarlah rantai anda
- Pakai Rantai Motorsikal Standard( rantai jenis o-ring)
- Namun pemilik motosikal boleh menukarkannya kepada rantai yang lebih baik seperti rantai jenis x-ring.
- Penggunaan rantai x-ring banyak didapati diarena perlumbaan termasuklah cubprix di negara kita.
- Selain tu motor-motor berkuasa besar sudah tentu cenderung menggunakan rantai jenis x-ring kerana ketahanannya lebih tinggi daripada rantai 0-ring.
SET SPORKET
Satu lagi, kalau rantai motor asyik tercabut dari gigi
sporket (mata spoket dah tajam) Yang paling penting tukar sporket bila mata
sporket dah tajam. tukarlah satu set sekali..Bagi menjamin mutu dan keselamatan
ketika pemanduan, pilihlah set sporcket yang berkualiti seperti RK-M atau SSS. Semoga bermanfaat kepada anda semua.
TAHNIAH HAFIZ!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)